"Kenapa careless sangat? Markah kamu dropped!" Kata-kata cikgu menyengat di cuping telingaku. Berdesing dan aku seakan tidak sanggup lagi mendengar letehan yang diberikan oleh guruku. Kakiku sudah tidak mampu bertahan untuk berdiri. Hati aku kecewa seperti putus cinta. Aku kembali ke tempat dudukku setelah cikgu habis bercakap mengenai keputusan aku. Sungguh! Aku tidak sangka.
Aku mula menyelak sehelai demi sehelai kertas dengan penuh tekun. Aku seperti tidak menyangka bahawa markahku akan teruk sehingga begini sekali. Aku kesal. Aku kesal. Aku kesal.
"Haira! Jauh termenung? Teringat kat siapa tu?"
Ujar kawan baikku merangkap kembar aku.
"Ish sibuk je. Pergi buat kerja sendiri la" aku menjelingnya lalu kembali membuat kerjaku yang terbengkalai.
"Ala, tegur sikit pun tak boleh dah sekarang."
"Mana ada."
"Tak study?"
"Lama lagi periksa. Santailah dulu."
"Tak takut ke markah drop?"
"InshaAllah tak. Belajar je la macam biasa. Lepastu tawakal la. Buat la yang mana mampu."
"Macam tu eh tawakal? Awak tak rasa ke awak ni macam sombong? Tahu pandai tapi tak perlu kot tunjuk yang kalau study last minute pun awak boleh berjaya? Kalau berjaya mungkin nasib je tu."
Aku terdiam. Kata-kata kembarku sangat deep. Mulutku bagai terkunci rapat. Ada emas di dalam mulut barangkali.
"Haira, awak okey?"
Lamunanku terganggu. Aku segera mengelap pipiku yang basah. Rupanya air mata sedang mengalir di pipiku yang tidak berapa gebu. Humaira merenungku tajam. Dia tahu aku frust dengan result yang aku dapat. Dia cuba menenangkan aku semampu yang boleh.
Dia memelukku erat.
"Awak. Redha dengan semuanya. Tak mengapa. Ini baru je percubaan. Yang sebenar kita buat betul betul eh?"
Aku mengangguk perlahan. Betul kata Humaira. Aku tak sepatutnya belajar last minute dan kemudian bertawakal kepada Allah dan mengharapkan keputusan yang baik sedang aku langsung tidak berusaha sedikit pun. Jika mendapat keputusan yang cemerlang tanpa usaha yang kuat, itu semua percubaan dan tidak mungkin akan berulang. Orang kata nasib. Kita juga takkan merasa apa itu usaha yang sangat indah jika mendapat keputusan yang cemerlang tanpa berusaha walau sedikit pun. Aku mula berazam aku akan berusaha sedaya upaya untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Rabbi yaasir wala tuassir!
~ Takkan terbang jika tak ada sayap. Jika kita tidak berusaha mencipta sayap, sampai bila-bila kita akan sentiasa terkandas ke bawah dan tidak mampu merasa mencapai langit. Maksudnya, buat sesuatu jika tidak ada usaha, walau result baik mcm mana pun, kita pasti akan merasa tidak puas hati. Jika kita ada semangat cinta akan ilmu, berusaha untuk mendapat flying colours tak mustahil kita akan rasa betapa indahnya usaha dan akan menghargai apa jua keputusan walau tak seindah yang kita harapkan. Amirah, la tahzan. Semua ini kesedaran untuk awak. Jangan putus asa. Ok? Teruskan berjuang dan result yang tak cemerlang takkan membustkan awak putus asa dan inshaAllah akan menanam semangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. :)
No comments:
Post a Comment