Setiap langkahku disaluti manis-manisan yang begitu mengasyikkan. Manisku bertukar pahit apabila aku menyedari aku tersalah memilih ayunan langkahku. Aku mula mencari kelibat bayang yang menjadi pentunjuk diriku untuk ke arah yang lebih jelas. Oh lupa, bayangku semakin pendek. Aku menyelam tanganku di pasir halus yang lembab dibasahi ombak yang jernih. Tanganku diayun ke kanan dan ke kiri. Aku masih tiada arah tuju. Mutiara jelas di pipiku menyilau sang mentari. Hatiku dirobek. Hatiku disiat tanpa pilunya aku ketahui. Aku terdiam melihat sang burung berkicauan di atas pokok mengalunkan irama yang sungguh merdu dengan kekasih pujangga hatinya. Aku? Masih berdiri menjejak kaki di tanah berdiam sepi. Aku keliru dengan sangkakala yang sering melambai kedinginan di hatiku. Tetapi, rasa keamarahan masih memuncak dek gunung berapi. Aku sedar aku bukan yang terbaik, tapi aku tetap mahu bertegas aku yang terbaik. Tapi, anganku membuatkan aku ketawa sendiri. Ukiran senyumanku kembali hambar apabila aku teringat akan apa yang terjadi. Sungguh, aku tidak menyesal. Walau apapun yang terjadi, kau dan aku tidak akan kembali. Biarlah lukisan yang kita cipta dibawa hanyut oleh ombak yang kuat. Aku tidak akan pernah mencari kelibat lukisan itu. Biarlah kau diam membisu daripada menyakitkan hati. Andai kita bertemu lagi, ku harap kau tetap menjadi seorang yang tegas mencari seorang kasih yang setia menunggu di pintu untuk mengetuk hati kerana aku tidak akan kekal untuk menghiasi pintumu. Biarlah aku pergi agar kau terus mengecapi putik kasih yang kekal abadi.
No comments:
Post a Comment