"Ketika seseorang cukup kuat untuk buatmu terjatuh, kamu harus tunjukkan padanya bahawa kamu juga cukup kuat untuk bangkit berdiri."Assalamualaikum buat diri yang terlalu leka dengan duniawi. Apa khabar wahai hati yang sedang tenat dengan dosa? Seringkali sujud memohon keampunan atas dosa, setiap detik waktu solat, setiap azan berkumandang, setiap jatuhnya air walau setitik daripada wudhuk yang diambil, adakah lau tahu akan dosa yang kau lakukan? Adakah kau sedar dengan apa yang kau pohon taubatkan? Aku teringat hadis rasulullah yang seakan berbunyi
Kau lakukan dosa kemudian kau pohon keampunan daripada Allah. Allah perdengarkan dan Allah Maha Pengampun mengampunkan dosa kau. Keesokan hari, kau lakukan dosa lagi dan kau taubat sekali lagi. Allah Maha Mendengar dan Pemberi Taubat, Allah mengampunkan dosa kau.air mata tertumpah ke pipi apabila membaca hadis ini di alquran pelangi kesayangan aku yang Allah anugerahkan melalui abiku sebagai tanda hadiah aku kerana berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Islam.. Aku teringat kembali memori indah, ketika aku darjah enam, aku teringin hendak memiliki senaskah Alquran pelangi dan aku turut berdoa. Aku tahu, aku takkan dapat sekarang, tapi aku tahu Allah dengar doa aku. Ada Tiga perkara Allah tidak makbulkan doa kita. Sama ada, Allah nak uji adakah kau yakin dengan-Nya, Allah lebih tahu apa yang terbaik bagi kita dan Allah nak beri ganjaran lebih besar daripada hajat yang kita minta dan Allah nak beri di Akhirat kelak.. 4 tahun aku berusaha, 4 tahun aku impikan, Allah rupanya nak hadiahkan aku Al-Quran sempena niatku hendak menyambung di Kolej Islam.. Allah lebih tahu waktu yang terbaik. Mungkin, jikalau aku dapat sebelum jejak kaki ke kolej, aku takkan rasa sayang sedalam dalamnya sepertimana aku sayang Al-Quran aku sekarang. Jujur aku kata, Al-Quran pelangi tu macam kekasih aku.
Pernah satu hari, aku terlupa hendak bawa ke kolej. Tertinggal di rumah.. Bila sedar al-quran tiada di sisi, hampir gugur jantung menangis tiada noktah kerana apabila di musolla, semua dengan kekasih mereka sedang aku? Al-quran aku tiada di sisi.. Acap kali aku melihat sekeliling, hati aku hiba. Sakit. Cuainya aku... Laghonya aku di rumah. Sungguh, ini salah satu biah solehah yang sedang aku rindukan.. Aku tidak nafikan, aku rindu dan cinta biah solehah. Tapi, aku terlupa....
HIDUP KERANA TARBIYAH, BUKAN BIAH SOLEHAH.mana pergi tarbiyah engkau wahai Nur? Nur Amirah yang aku rindu.... Ilmu agama masih tidak kuat di dada. Jangan kau salahkan takdir dan gadget yang kau tak lepaskan dari tangan. Tapi kau salahkan diri engkau yang lupakan tarbiyah yang pernah kau tarbiyah diri kau di kolej islam. Tolong. Bangkit dari alam mimpi, bergegaslah capai keredhaan Allah. Kau kembalilah sepertimana kau tarbiyah diri kau. Sungguh, Allah nyatakan dalam surah Ali Imran ayat 67 yang berbunyi Dan janganlah kamu merasa lemah , dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman . Ingat Nur, cinta Allah itu pasti. Cinta manusia akan binasa.
Walaupun hati kau kecewa dengan dunya, tapi akhirah sentiasa tersenyum menunggumu untuk menyambutmu di gerbang firdausi. Ingat, kecewa dengan manusia tak kekal lama. Tapi, Allah punya kecewa yang akan kekal dan buat kau merana. Sesungguh Allah bersama dengan orang yang bersabar. Nur Amirah, stay sado.
No comments:
Post a Comment