Monday, May 30, 2016

Cerpen : awak matahari, saya bulan ((part 1))

   Hujan turun dengan lebat membasahi bumi yang sudah beberapa minggu kering-kontang. Aku menanti dan terus menanti hujan berhenti di tepi tingkap bilikku. Aku cuba mengeluarkan lenganku keluar dari tingkap untuk menikmati air hujan yang sejuk seperti ais. Aku melihat itik-itik berenang-renang di atas permukaan air. Air semakin meninggi hingga ke paras buku lali. Masing-masing sudah resah. Aku dengan santainya duduk termenung di tepi tingkap menikmati udara yang dingin. Sungguh menyamankan!

   "Nah, mak aku bagi roti." Ujar Qina, sahabat karibku di dalam mimpi. 

    Kejap, biar aku perkenalkan diri aku. Nama aku Farina. Orang panggil aku Far. Dalam realiti, aku ni hidup bersendirian. Tiada kawan yang rapat dengan aku. Aku pun tidak tahu mengapa. Mungkin sebab aku ni tidak ada rupa atau aku kurang pandai atau aku ni hidup sederhana atau aku ni jenis memilih kawan. Agak-agak yang mana satu ya? Dalam pada aku tidak mempunyai kawan, aku juga mempunyai musuh. Jangan main-main ya! Nama dia Aqina. Orang panggil dia Qina. Aku pun tidak tahu mengapa aku bermusuh dengan dia. Setiap kali jumpa, ada sahaja benda yang akan membuat kami bergaduh macam anjing dengan kucing. Orang gelarkan kami matahari dan bulan. Matahari dengan bulan kan takboleh berjumpa? Susah sangat nak berjumpa. Yela, sebab matahari hanya muncul di sebelah pagi, manakala bulan muncul di sebelah malam. Ini bermaksud, kami bukan sekepala. Ada sahaja yang tidak puas hati apabila bercakap. Zaman sekarang punya peribahasa. Macam-macam kan. 

     Tetapi, sejak kebelakangan ini, aku sering bermimpi bahawa aku dan Qina ialah sahabat karib. Di mana ada Qina, di situ ada aku seperti isi dengan kuku. Tidak akan berpisah kecuali Tuhan takdirkan salah seorang daripada kami pergi menghadapNya. Ke mana sahaja Qina pergi pasti ada aku di sisinya sehingga orang menggelarkan kami 'kembar siam lain mak ayah'. Aku juga hairan dengan mimpi aku. Setiap kali aku terlena, pasti Qina muncul dalam mimpiku. Andai itu menjadi kenyataan...... Mustahil lah. Dia dan aku bukan sekepala. Lagi pun kami berdua memang benci antara satu sama lain. 

   "Kenapa mak kau bagi aku? Dia tak sedar ke anak dia ni takcukup zat?" Tanyaku sedikit aneh. 

   "Alah, nanti aku cakap aku bagi kau mesti kau taknak terima kan. Aku pinjamlah kejap nama mak aku. Atleast kau akan terima. Nah lah, aku tak lapar. Tak ada selera. Tengok muka kau pun aku dah kenyang." Ujarnya sayu. Aku dapat menganggak pasti Qina mempunyai masalah. Ibu aku kata, rezeki jangan ditolak. Aku segera menyambut roti yang dihulur Qina. Gardenia Vanila, roti kegemaranku. 

  "Far, kenapa aku rasa taksedap hati eh?" Tanyanya sambil menghirup air bandungnya yang sudah lama ditinggalkan. Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. 

  "Aku taktahu la sama ada aku ni panjang umur ke tidak. Aku rasa macam ajal ni dekat sangat dengan aku. Kau cuba tengok muka aku, ada nampak pucat tak? Kendur tak muka aku?" Tanya Qina bertubi-tubi. Aku memerhatinya sambil mengunyah roti gardenia yang masih berbaki di dalam mulut.

  "Kenapa kau cakap macam tu? Tak baiklah. Aku tengok muka kau still lawa, comel. Tapi taksetanding aku la. Aku up sikit daripada kau. Aku tengok kau sama je. Tak ada yang lain pun. Kenapa ni?"

  "Aku rasa dah tak ada semangat hidup. Hidup aku rasa kosong."

  "Ish kau ni! Bawa mengucap. Syaitan banyak bertenggek atas kepala kau tu."

  "Oh ye eh? Eh, ada krim kat gigi kau la!" Jerit Qina. Terkekek-kekek dia ketawa mengalahkan mak nenek. Sabar aje la dengan kawan macam ni. 
  Aku merenung matanya tajam. "Dia ni, kalau bab mengata orang, kemain. Mengalahkan makcik-makcik yang suka bergosip. Mulut tak ada insurans betul!" Begisku di dalam hati. 

  "Ok, kembali kepada topik tadi. Aku tak rasa hidup aku lama lah weh. Aku rasa macam sesuatu yang mengganggu fikiran aku."

  "Apa yang mengganggu?"

  "Entahlah."

   Aku memandangnya dengan pandangan yang agak menjengkelkan. Kenapalah dia berfikiran cetek begitu. Haih. Aku kembali menyambung menghabiskan sisa roti yang masih berbaki di dalam plastik. Ibu kata, tidak baik membazir. Sedang aku sedang sibuk mengunyah roti, Qina merenung tajam ke arahku. Aku mula berasa janggal dengan pandangannya. 

   "Kau pandang apa? Kau nak ke?"

   "Bukan. Saja pandang kau. Mana tahu hari ni last jumpa kau."

   "Apa kau merepek ni? Kau nampak penumbuk aku ni? Memang la tak besar mana macam saiz penumbuk kau, tapi kalau kena memang boleh tahan sedapnya. Kau boleh rasa keasyikkannya tau sebab ada pakej sekali dengan kejutan tulang-tulang tangan aku ni."

   Qina tersengih mendengar celotehku. Dia hanya membisu. Tingkah lakunya mencurigakanku.

          ---------------------------------------------------------------------------------------------

   "Bangun anak bertuah! Pergi sekolah. Tengok jam dah pukul berapa?" Kejut ibuku, Puan Kalsom. Aku memang liat hendak bangun daripada tidur. Tunggu ibu simbah air sejuk satu baldi, inshaAllah aku akan terus bangkit tanpa perlu menjerit lagi. (Hehehe) 

   "Belajar elok-elok." Ujar ibuku sambil menghulurkan tangannya. Aku hanya mengangguk dan mencium pipi ibuku lantas berlalu pergi ke sekolah. 

    Sedang asyik aku mengayuh basikal, tiba-tiba aku terfikir tentang mimpi yang aku dapat malam tadi. Aku tertanya-tanya apa maksud tersirat di sebalik mimpi itu. Tanda tanya mula menari-nari di kotak pemikiranku.
  
   DUSH! Lamunanku terhenti. Sungguh aku tidak menyangka bahawa lamunanku mengakibatkan aku seperti buah cempedak jatuh tergolek daripada dahan pokok. Malangnya nasibku! Semua mata di situ memerhatikan aku dan seorang perempuan yang aku langgar. Ada yang menutup mulut menahan ketawa. Ah! Biarlah. Aku dah biasa ditertawakan orang. Aku lantas bangun dan mengangkat basikalku. Aku memandang wajah perempuan yang aku tidak sengaja melanggarnya kerana leka dengan lamunanku. 

   "Qina?" Aku mengetap bibirku yang merah.

   "Kau tak reti pandang depan ke? Main rempuh macamtu je. Tak puas hati dengan aku ke?" Marah Qina sambil menjeling. 

   "Aku cungkil mata kau kang baru tahu. Nak jeling-jeling pula." Dengusku di dalam hati. 

   "Maaflah, aku tak sengaja. Yela, kau kecil sangat. Mana nampak. Ingat tiang. Tu yang langgar je. Lain kali jalan kat tepi la. Kau jalan tengah jalan kenapa? By the way, aku minta maaf. Kau okay tak?"

   "Kalau ada luka pun, kau tak mampu nak tanggung kos rawatan aku."

   Muka aku mula merah menahan api kemarahan. Perempuan ini memang mencabar tahap kesabaran. Aku berlalu pergi tanpa menghiraukannya. Malas hendak menyambung. Bila sudah mula peperangan, pasti tidak akan tamat. Baik aku mengalah fikirku. 

    "Hoi. Nak pergi macam tu je?" Teriak Qina sambil mengejarku.

   "Dah kenapa dia ni kejar aku? Dah buang tebiat ke?" Aku melajukan kayuhan basikalku. 

   "Tunggu la aku kejap. Aku ada benda nak cakap ni!"

    Aku mengeluh perlahan. Aku memberhentikan seketika basikalku di tepi jalan dan menunggu ketibaannya yang sedang berlari anak.

    "Nasib aku ni atlet tak bertauliah. Dapat kejar kau. Kalau tak, aku taktahu bila lagi nak ada masa cakap dengan kau."

    Aku memandang slack kepadanya. 

    "Atlet? Hello. Kira nasib baik aku berhenti kat sini. Perasannya dapat kejar aku. Simpang malaikat maut 44" degus hati kecilku.

    "Ha, kau nak cakap apa. Cakap la cepat. Aku tak ada masa ni."

    "Aku sebenarnya nak minta maaf kat kau. Aku tahu, aku banyak buat kau marah. Aku taktahu la, tapi aku memang nak minta maaf kat kau. Aku rasa tak sedap hati...." Lama kelamaan, suaranya semakin perlahan. Sikapnya begitu merunsingkan diri ini. Aneh. Aku merenung lama wajahnya yang sedang berkerut. Mungkin dia pun rasa tidak waras kerana tiba-tiba sahaja datang dan meminta maaf. 

   "Kau kenapa tiba-tiba minta maaf kat aku ni?"

   "Aku rasa umur aku tak panjang. That's why aku minta maaf. Mana tahu kau punya dendam buat aku punya roh tergantung nanti."

   "Amboi mulut kau. Tak ada insurans betul. Aku memang la tak baik sangat. Tapi yang aku tahu, ramai orang cakap aku ni lagi baik daripada kau. Fakta tu aku terima."

   "Sudah lah kau. Sembang kencang. Menyampah aku. Sekarang ni, kau maafkan aku tak?" 

   Aku merenungnya kembali tanpa berkata apa-apa. Aku berasa seolah-olah mimpi aku menjadi kenyataan. Aku buntu............

              ____________________________________________________________

  "Termenung apa itu?" ujar Qina sambil memandangku dengan tenungan aneh. Aku hanya mendiamkan diri. Aku masih tidak percaya dengan semua ini. Aku buntu. Aku tidak tahu apa yang aku harus lakukan. Biar benar aku sudah bersahabat baik dengan Qina? seperti dalam mimpi. Apa mungkin aku belum bangkit daripada tidur? Ibu! Kejutkan aku!

    "Weh! dengar tak ni?" Qina sekali lagi menegurku dengan suara yang agak lantang sambil menggoyangkan badanku.

    "Aku dengar la." kataku perlahan.

    "Aku tahu. mesti kau masih terkejut kan kita sudah kembali berkawan setelah agak lama kita bermusuh. Aku pun terkejut juga. Aku rasa macam kena sampuk je. Kawan dengan kau? Haha. Jatuh reputasi aku."

    "Kalau macam itu, kau kawan dengan aku kenapa?"

    "Aku dapat mimpi. Dan.........."

    Kata-kata Qina terbenti seketika. Dia kembali menundukkan mukanya. Aku berasa semakin janggal dengan sikapnya yang agak weird itu.

    "Dan?"


    "Masih terkesan sampai sekarang."
           ______________________________________________________________

Tenungan aku tidak dapat dialihkan. wajahnya membuatkan aku terkedu. tiada respons yang mampu aku ungkapkan. aku hanya membatu mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya. hati aku sebak. entah apa yang merasuk dalam diri aku sehingga aku tidak mampu meluahkan rasa hati.

  "Far, apa yang merasuk kau ni?' ujar Ziha, classmateku merangkap deskmate. hampir satu sekolah kaget dengan kisah persahabatan aku dengan Qina. tang sangka aku menjadi bahan bualan orang. nampak la aku sebenarnya famous kat sekolah tu.

  "Ya Allah, salah ke kita nak merapatkan ukhwah? itu la kau, memilih sangat berkawan." belum sempat menghabiskan ayat, Rashid datang mengetuk mejaku. aku sedikit tersentak dengan tindakannya yang tiba-tiba. aku seperti biasa, hanya memandangnya dengan pandangan jengkel kerana malas hendak melayan soalan kawan-kawanku yang hampir sama.

  "aku nak cakap dengan kau." oh ya, Rashid adalah kembar Qina. tapi, aku bersahabat baik dengan Rashid dan hampir setiap hari aku sering mengadu tentang keburukan Qina kepadanya. Dia juga sokong kerana dia juga tidak gemar dengan sikap Qina yang terlalu mengejar populariti di sekolah. Aku hanya mengikut arahan Rashid dan berlalu pergi.

  "Apa dia?" tenungan Rashid membuatkan aku sedikit goyah.

 " Kau ikhlas kawan dengan Qina?"

soalan yang dikeluarkan Rashid membuatkan mataku terbeliak. aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

  "Kenapa? kau tak suka aku kawan dengan dia jugak?"

  "Bukan macam tu. Aku harap kau bukan macam yang lain.. Aku percayakan kau."

  "Kejap, apa maksud kau ni? cuba straight to the point. serius, aku tak faham."

  Air mata Rashid mula kelihatan deras keluar daripada kelopak mata. air jernih mula turun membasahi pipinya yang sedikit tembam. dia mula terduduk dan cuba menutup kesedihan yang dirasakan pilu. aku mula buntu. panikku mula jelas mengawal tubuhku. aku segera duduk mengadapnya engan muka yang agak cuak.

  "Kau okay tak ni? kenapa ni? serius ke kau nangis ni? jangan acah weh. kau kenapa?"

  "Aku..... Aku.... Aku tak boleh..." Rashid terdiam. tangisannya semakin kuat. hati seorang lelaki yang ganas mampu mengalirkan air mata kerana panahan sakit terasa di hati. aku dapat mengesyaki bahawa ni pasti ada berkaitan dengan Qina.

  "Slow.... Slow..... cuba explain dengan aku kenapa?" aku cuba meredakan hatinya yang gundah gulana. tapi malangnya, tangisannya semakin kuat kedengaran. Apa yang terjadi dengan Qina? melayang-layang tanda soalan di fikiranku.





   
    
   

    

No comments: