Friday, November 10, 2017

pick up the flower


i started to use blog since standard 6 and waktu tu, aku tak tahu apa faedah blog. kiranya waktu tu zaman kegemilangan blogger la, sebabnya kawan kawan semua bersaing main blog. siapa edit paling cantik, kiranya masih kabur dan samar la pa sebenarnya tujuan blog ni. tapi, sampai aku form 3, aku masih tak jumpa apa faedah blog. tapi, satu hari. tiba-tiba aku renew blog aku, means aku delete semua post (agak melagho, merepek dan seangkatannya) dan i started my new blog with new post. 

dan satu hari, aku terfikir. kenapa aku ada blog? dan harini baru aku jumpa tujuan utama sebenarnya ada blog dan aku rasa macam bersyukurnya aku ada blog sebab apa? sebab i have no one to talk to. which means, i have no one to lend my kepala di bahunya, yang boleh hulurkan tisu dia untuk aku, yang boleh motivate aku untuk terus maju kedepan saat aku jatuh. analoginya, macam tengah final lari pecut untuk jarak jauh 1500m, saat pistol ditembak menandakan perlawanan sudah bermula, semuaorang ada matlamat yang sama yakni menjadi juara. tapi dalam 4 kali pusingan lari, belum tentukan kelajuan yang digunakan saat pusingan pertama akan sama. pasti ada yang terjatuh, kelajuan berkurang, kadar pernafasan semakin meningkat. mungkin ada yang pitam, ada yang set dalam diri, "aku dah give up" saat semua benda tu timbul, ada kawan yang support korang kat tepi " go go go!" "we are champion" sorakan, cheers cheers buat terus bersemangat. kadang, bila terjatuh saat sedang berlari, ada yang terus datang kat tepi bagi semangat " kau boleh" 

tapi itu semua dah tak ada. dan semangat tu, kau kena hadirkan dalam diri kau sendiri. takkan sampai kau tua kau mengharapkan orang bagi kau support? semuanya bergantung dengan diri kau sendiri. 

lagi bila kat negara orang, jauh dengan mak ayah. semuanya dikelilingi dengan kawan-kawan je. nak taknak, kau kena tempuh. kau kena ingat balik apa tujuan kau datang sini.

lately ni, dua tiga hari berturut, aku rasa nak nangis je sebab kan, semuanya terkesan. dua program aku join, semuanya terkesan. kata-kata mereka betul betul menyentuh aku.

"فاستقم كما امرتا"

berpegang teguh pada jalan yang kau lalui setiap apa yang kau buat, kau kena teruskan. kalau tak kenapa kau mulakan? ya. noted.

dan ada ketika tu, kau akan terasa kau berada disebawah bawah lautan, tapi macam mana kau nak selamatkan diri kau dripada terus tenggelam? dengan usaha, matlamat, tawakal dan kepercayaan pada diri kau yang kau boleh!

dan kebetulan aku ambil madah sirah, dan lately ni semuanya terkesan dengan aku antaranya rasulullah pernah kata pada sahabat "bersabarlah sepertimana kau melihat aku bersabar"

semua ni buat aku ambil ibrah, kenapa aku perlu cengeng, sedangkan tahun kesedihan rasulullah sebenarnya bukan kerana kewafatan dua orang yang baginda cinta, tetapi hilangnya orang yang memberi semangat kepada rasulullah untuk terus menyampaikan dakwah. kean cacian, makian tapi rasulullah tetap berdiri teguh sebab apa? Allah pandang usaha kita. 


No comments: