Saturday, January 27, 2018

travelog : Umrah Syita' 2018 PART 1

Looks like everyone is busy with their life- final, vacay, lecture, so on.

      i thought i could live my life with (interesting things) but yeah, still the same. on the bed.
after hectic 2 weeks struggled perform 3ibadah, alhamdulillah. but my condition was in a bad, worse, worst........ health.

    macam biasa, padahnya tak suntik vaksin, acah sado. Amirah, mana takpernah kalau tak acah. Tapi well, alhamdulillah berkat semburan air zamzam, panadol 6 biji sehari, Amirah semakin beransur pulih. alhamdulillah tiada ucapan yang lebih indah dan syukur.......

ok, sebabkan ramai betul baca blog saya kan, (acah retis kan) suruh saya update, nampak la saya telah bazirkan hari hari saya sepanjang cuti sem ni tanpa kerja yang bermanfaat. eh tak, banyak saya buat sampai memang tak ada masa nak update ceeah padahal update ambil masa 15 min je amirah, lagi 23 jam 45 min tu hg buat apaaaaaaa *garu kepala.

agaknya, cuti sem kalini, selain daripada mereput, saya telah berjaya busykan diri saya dengan bisnes qishtoh. rasanya, saya kena survey la tempat yang jual barang-barang baking yang murah selain k-4. sejak balik dari Saudi, saya suka betul dengan konsep tawar-menawar. ok la, actually kan amirah, awak sedar tak yang tajuk post ni travelog tau, bukannya kisah mereput awak sepanjang cuti. ok ok, back to the topic guys. come on!!!

   Ok, alhamdulillah, 13 Januari yang lepas, sayaaaaaa dan dan dan..... kawan saya Nuha! dan batchmates "frontage" dan senior-senior dengan berbesar hati telah selesai menunaikan umrah pada musim apa? ya, musim syita. alhamdulillah semua baik baik sahaja. actually, this was my first ever travel dengan bas beb. gua takpernah naik bas, seriously. kalau bas rombongan sekolah tu, dari rawang ke kuala lumpur tu pernah la. oh ya paling jauh sampai langkawi.......... tu un last darjah 6? taktahu la nak cakap sadlife ke apa, tapi yang pasti aku takpernah naik bas selama 30 jam. naik flight paling lama pun pernah aku hadapi kan, pergi London, 13 jam je weh....... omg. sadonya amirah :')

hidup dalam bas tu takpayah cakap la, makan tido, makan tido. actually, aku ni seorang yang mabuk kenderaan darat, kalau kenderaan udara tu kan, alhamdulillah sihat walafiat. poyo kan :') belagak betul. tapi nak buat macam mana, naik lif yang sangkut sangkut pun mabuk. apa je yang tak mabuk? tenung crush lelama hmmmmm (jap jap tolong gelak pls)

tapi, actually, pengalaman ni mematangkan diri aku la sebabnya first trip ni, aku ingat aku dapat bertahan dengan hanya coklat coklat, rupanya tak kawankawan, pls jangan la contohi aku..... coklat tak cukup kawan-kawan dan muak gila pls. tolonglah, prepare la nasi ke? roti canai ke? lemang ke? asalkan bukan coklat, sebabnya kau akan rasa lapar gila..... dan aku tak makan langsung nasi dari perjalanan dari Irbid ke Mekah...... 2 Hari tak makan nasi beb. sebabtu pipi kurus dah sekarang. tolonglah percaya.

so, setiap stop tu aku terjaga, pergi tandas, minum air, sambung makan coklat. bas gerak 5 minit, terus tidur, dengan line internet takde. hmmmmm gua bertabah selama 30 jam.

sampai je Mekah, terus Doktor bagi taklimat, tapinya, sebab aku tak makan nasi, hanya perut penuh dengan coklat je, waktu doktor bagi taklimat tu, ceh konon gigih boleh berdiri sambil dengar tau, orang offer duduk, aku utamakan orang lain, amirah pls la faham. hidup mesti acah. sekali ha, kan pitam, terus cepat-cepat pergi belakang. nak katanya........ nak pengsan. hm :((

pastu kebetulan, hotel yang kami duduk, jauh berkilo meter (cewah 1 km je pun) ke masjidil haram. aku taktahu kenapa la kat sana, aku memang tak ada mood langsung nak bergambar...... hari kedua baru la berhajat nak bergambar.....

so here you go...

so kat sana, aku dengan Nuha memang berkepit gila gila la, macam orang kata dimana ada Nuha di situ la ada aku *gelaktutupmulut tapi nak buat macam mana, itu je travelmate yang ada.... inshaAllah kalau ada rezeki, kawang yang lain bakal menyusul, tapi inshaAllah kami berdua tetap jadi travelmate hehehehe. ok, ya lupa nak cerita. keajaiban Allah beri la kan, kami bayar untuk bilik 4 orang, tapi dapat bilik yang berdua je. best gila la yang pasti, rasa privacy lebih terjaga xD mandi pun takyah berebut hehehehe. btw, hotel kitaorg nama Saraya Hotel. not bad, lif laju. strategic jugak sebab depan kedai makan turki, tiap malam kot aku beli. sedap dan sampai penjual tu kenal aku... aduhaai. siap  bergurau senda :')

so, banyak juga la aku dengan Nuha survive sendiri. contohnya, cari makanan, rasanya kedai makan depan masjid tu, semua dah rasa kot :') ni la hidup bujang......

lagi satu, nak cerita. Ilmu yang aku dapat time kat sana, ialah

*TIADA UMRAH BERULANG KALI*

aku dengan Nuha berpandangan sesama sendiri. kitaorg ada terdapat satu artikel daripada seorang kawan ni, dia bagitahu, mula mula terkejut juga dan taktahu nak percaya ke tak, tapi bila doktor sendiri bagitahu dalam bas, sebenarnya tak ada pun istilah umrah banyak kali. so ni lebih kurang macam bi'ah. Nabi tak buat pun umrah banyak kali. actually, kena lebih banyakkan tawaf sunat... so kitaorg pun just buat umrah 3 kali, selebihnya buat tawaf sunat. banyak gila pengalaman time tawaf tu....

first tawaf kitaorg buat lepas isyak. sebab kitaorg taknak berebut bas. tahu je la, hahahaha orang turki punya berebut Allahu, macam ni *tepuk tangan peh padu. so kitaorg decided buat tawaf lepas isyak. alhamdulillah, kebetulan perempuan ok je masuk dataran. time tu tak seramai yang ku sangkakan.

kali kedua tawaf try lepas zohor, Allahu bahangnya hanya Allah yang tahu. memang sunburn habis la muka tapi takpa, kadang kan, panas dia even bahang, tapi macam perasaan khusyuk menghadap kaabah tu dia macam hilangkan rasa bahang tu. so macam okay je :)

kali ketiga tawaf, lepas asar, memang nak katanya mashaAllah...... penuh dia (takboleh nak describe)

so kali keempat, lepas subuh. nampaknya semua waktu kiteorg cuba tawaf dan tahu la waktu waktu yang paling padu buat tawaf. yakni lepas zohor hahahahahaha. sebab panas, so tak ramai pun. the best time waktu zohor la. lepas subuh hm... depends.

nak cerita ni, rasanya kena buat novel kot. ok kita sambung part 2 nanti okay! hahahahahahaah


No comments: