bismillah. dengan beberapa bulan yang terkandas dan tak tunaikan janji, akhirnya! I did it!! hahahaha tolong lah tepukkan tangan untuk seorang amirah yang akhirnya berjaya spend kan beberapa minit untuk update post di dalam blog yang agak berhabuk ni. *haccuuuum.
okay, macam biasa. jom kita sambung cerita daripada entry sebelum ni. okay, sebelum dalam 8 hari berada di Mekah, kami pun bergerak ke Madinah menaiki bas juga. mungkin dalam 5 jam begitu lebih kurang tapi saya pun dah lupa dah bertolak pagi dalam pukul berapa ye? rasanya dalam pukul 9, 10 dalam lingkungan begitu. after that, kami sampai madinah dalam pukul 3.30 petang dan waktu tu, hampir sahaja masuk asar. tapi kebetulan kami dah jamak. so sampai je uruskan beg semua..... tapi sedih sikit kat madinah sebabnya kalini kami kena kongsi satu bilik 4 orang. baru nak berangan duduk berdua lagi dengan Nuha xD ish ish dasar tak bersyukur amirah ni.
lepastu, dah rehat golek golek alah biasa la tu kan badan asyik tegak je dalam bas hahaha kena la mensyukuri nikmat yang diperoleh hihi. tetibe tak sedar dah azan maghrib allahu. nasib juga bukan macam kat mekah kena rempuh dalam bas yang hotel kami terletak lebih kurang 2 km dari masjid. hua adakah ini satu peringatan? ok tak tak so dengan berbekalkan seorang atlet jarak jauh kan, oh ya kebetulan aku dengan Nuha pelari jarak jauh xD alhamdulillah hhahhaahah so kiteorg pun apa lagi, lari selaju yang boleh la. ambik wuduk semua pastu tunggu lif yang lembab gila nak hidup hah.... so keluar hotel je waktu tu dah iqamat, lari lari yang lebih kurang 500meter mungkin? lepastu tak sempat nak masuk masjid sebabnya masjid nabawi kan luas gilaaaaa. so dapat solat kat dataran je..... nasib tak masbuk.....
dan waktu isyak, kiteorg cari peluang solat kat dalam masjid. alhamdulillah dapaaat :))
kat madinah sangat la tenang berbeza sikit dengan mekah mungkin sebabnya orang kan sibuk dengan umrah, saei jadi sentiasa je orang sibuk jadi sedikit berterabur. kalau macam kat masjid nabawi, waktu solat dan hampir dan habis waktu solat baru ramai orang. kalau waktu kosong tu, orang tak ada sangat pun. sebabtu kot la rasa tenang.
haaaa, nak cerita sikit la waktu masuk raudhah. aku gigih tau nak masuk raudhah. by the time, waktu yang dibuka pintu, zohor, isyak dan lepas subuh tau. aku pun saje la nak try lepas zohor tu, jadinya lepas zohor aku dah tunggu kat pintu raudhah.... tapi dengan kecewa sangat, rupanya tak bukak pun!! sebab taktahu la kenapa, tibatiba hari yang aku pergi tu dia tak buka, hm takpela, takde rezeki. aku nak try luck lepas isyak......
jadinya, cerita bersambung waktu lepas isyak. aku terpisah dengan nuhaaaaaa sebabnya waktu tu crowded gila... bila terpisah tu tahu je la perasaannya.... takut gila. takpela, kat masjid nabi. inshaAllah selamat je. aku pun bawa la diri aku sendiri... tunggu turn tapi aku tersesat kat golongan orng turki. perasaan dia..... kebetulan waktu tu tetibe ada juga makcik jawa tau. so aku takdela rasa macam sesat gilagila sebab ada orang asia jugak. tapinya, orang turki pandang bengis gila yela agaknya pelik la, orang asia sebenarnya kat hujung kanan, tapi aku kat hujung kiri,... nampak tak betapa sesatnya aku hahahaha. pastu makcik jawa tu ajak aku pergi kt golongan asia sebabnya semuaorang mula dah pandang pelik.... kiteorg pun cepat cepat bangun terus pergi pindah cari asia, tapi waktu tu my heart mcm dah burst out gila. aku dahlah sorang sorang, lepastu sesat. i have nobody time tu. aku rasa sedih sangat. ya Allah dugaan apa ni...... sudahlah seorang, pastu nanti nak balik macam mana sorang-sorang? memang aku nangis gila gila. aku terus keluar raudhah tau. sebab hati kau memang dah pasrah habis. aku mmg nak ketenangan gila la time tu. dah habis nangis dekat setengah jam tu,
then, aku masuk balik dalam raudhah tapi waktu tu papan dah diturunkan... lagi la aku takut sebab tempatnya dah berbeza gila.... dan lagi sekali tersesat tau. lepastu rupanya golongan asia dan standby depan pintu raudhah. dan aku je satu asia yang tersesat kat belakang.... with arabs dan turkish dan bangsa-bangsa lain. waktu tu, aku cuba pergi depan tiba tiba kena tahan dengan bodyguard perempuan tu..... ya Allah aku lagi la rasa nak nangis sebab aku dah taktahu cemana nak get back dengan kumpulan asia tauuu. hati aku memang bukan dah tisu dah, dah jadi kapas yang dah terkoyak koyak dah... tapi takpe, aku cari akal tau.... aku pergi paling hujung lepastu macam orang nak lompat jauh, ambik jarak jauh pastu lari hahahahaha aku lari la pastu dia pandang tmpat lain, terus aku lompat masuk dalam group asia. ya Allah hanya tuhan yang tahu perasaan lega aku weh terlepas. Allah mudahkan, alhamdulillah. waktu tunggu tu........ sekali time masuk tu, rempuh serempuhnya aku dengan seorangnya, memang menangis gila lagi dalam raudhah hahaha sebab tak de orang nak cover aku untuk solat. everything alone aku struggle untuk solat sunat tapi tak dapat sebabnya aku memang entah la nak cakap cemana..... aku hanya berjalan bukan dengan kaki sendiri, tapi sebab orang. tapi memang itu la kenangan palingggg........
nak cakap sedih, bahagia. tapi bahagia sebenanrya sedih. tapi apapun, tu la paling memori waktu pergi umrah. aku survive alone time umrah. dan baru aku tahu, dalam aku keseorangan, Allah sebenarnya ada untuk tolong aku. dan waktu aku balik rumah sensorang, waktu tu dah tengah malam dalam 11.30 malam, Allah jaga aku la.... seram kot dahlah gelap jalan ke hotel. memang tawakal alallah gila la hahahaha . dan cuma 2 hari je kat madinah. so tak puas sangat kat madinah. tapii, kalau ada rezeki aku nak pergi lagi!!!
tp mana tahu dengan....... orang lain pula? hahahaha ok gurau je ish. ok setakat ni sahaja travelog umrah syita saya. nak cerita semua memang kena 10 part cerita hah. takpe, ok la ni 2 part kan hehehehe. thnkyou!
No comments:
Post a Comment