Thursday, February 14, 2019

Tiba.

        Hari sudah pun tiba. hari yang sangat sangaaat tak ditunggu-tunggu dan tidak mahu ditunggu dan tidak mahu juga untuk menunggu. Aku mengeluh sejak kelmarin. hati aku tidak tenteram mengenangkan hari ini. ya, harini. hari ini bakal pulang ke bumi yang aku rasa sangaaat sesak di dada.

nak kata aku tidak ada kawan, aku ada. tapi tak sengam macam di sini. aku pun taktahu dengan diri aku. aku cuma tidak ada semangat untuk teruskan life aku kat sana. aku cuma rasa sesak, kecewa, sedih kerana aku tiada sesiapa untuk tagih simpati. betul, kata orang hanya tuhan tempat kita mengadu. hanya tempat kita bercinta. tapi, aku tidak patut persoalkan tapi ini. betul, kepuasan hati tidak mungkin akan tercapai.

aku dan diri aku. ya, itu sahaja yang aku boleh gambarkan saat ini. dan akan datang nanti.

aku rindu akan kawan aku yang sangaaaaat aku kenali dan sangaaat aku sayangi. tapi, ya waktu telah tiba. aku tidak pasti sama ada aku meninggalkan, atau dia tinggalkan atau kami masing masing meninggalkan antara satu sama lain.

aku rasa kosong. tiada tempat luahan bergerak untuk tahun yang baru di semester yang kedua. hubungan persahabatan terhenti tanpa tahu dan aku sangaaaat terkejut tanpa sempat mencelik mata. tibatiba hilang.

moga aku tabah untuk mengharungi semester yang berbaki dengan diri yang sendiri.

No comments: