Tuesday, September 24, 2019

Surat Cinta.

Kepada : seseorang yang sangat saya sayangi.




Kehadapan awak,
harapnya awak bersama senyuman awak masih kekal hingga ke hari ini dan untuk selamanya.
dan juga, harapnya awak sihat sihat sahaja.

disini saya menulis seutas surat online untuk tatapan awak, dan juga kenangan yang saya takkan lupakan.

tidak pernah rasanya saya jemu untuk mengucapkan terima kasih, terima kasih dan terima kasih untuk kali kesejuta, untuk kehadiran awak, kehadiran pelangi yang awak bawa bersama tiap kali hujan datang menyapa diri ini. dan juga setiap kali semangat yang awak berikan untuk dikepilkan bersama hati ini. takkan saya biarkan dia tercicir, walau sesaat pun.

saya rasa tidak ada perkataan yang sesuai yang boleh ungkapkan betapa pentingnya awak dalam hidup saya. kalau awak rasa ada perkataan yang terbaik yang boleh saya nyatakan di sini, boleh awak bagitahu saya nanti ok? akan saya enter kan dalam surat yang seterusnya ceh.

awak tahu tak, saya masih lagi tertanya dengan diri saya, sepanjang hampir tiga tahun, kenapa baru sekarang kita baru sedar dengan kehadiran masing-masing? haha awak tertanya jugak tak? ok pls jangan cakap saya sorang je :')

untuk apa pun, saya nak ucapkan banyak banyak banyak terima kasih untuk kali ke sejuta atas kehadiran awak, semangat awak, dan semuanya yang awak dah bazirkan untuk saya (aha) terima kasih.

dihati ini, hanya tuhan yang tahu,
dihati ini, aku rindu padamu,
tulus sanubari, menantikan kehadiranmu......
(ok tak sebab tengah play lagu ni xD)


dan saya minta maaf sangat sangat sangat dan untuk kali kesejuta juga atas kekhilafan saya, marah saya, merajuk saya, clingy saya, dan banyak lagi taknak la sebut. rasa macam teruk pulak diri ni hahahaha. minta maf dari hujung rambut sampai hujung stokin. eh eh eh eh. ?

buat seseorang yang sangat baik hatinya, takpernah give up dengan seketul amirah ni, yang takpernah jemu bagi semangat kat amirah yang lemah ni, takpernah bosan untuk buat lawak (hambar) eheh untuk ceriakan hari hari amirah, takpernah penat untuk cakap amirah comel walaupun kena paksa, takpernah penat untuk bagi amirah karangan, lukisan yang comel comel dan juga paling penting, takpernah mengeluh untuk ajar amirah untuk jadi seorang yang kuat dan makin comel :)) hehe


moga awak sentiasa dalam lindungan Allah, dan Allah sentiasa limpahkan kasih sayangNya takpernah putus buat awak. moga Allah balas kebaikan awak.

buat awak, saya sentiasa doakan awak yang terbaik seiring dengan kejayaan dan kebahagiaan awak bersama (harapnya dengan saya juga hehe) dan saya harap, awak sentiasa bukakan peluang untuk terus terus terus menerima seketul amirah dan takpernah jemu untuk bantu amirah dalam semua benda, jangan jemu ya.

dan untuk terakhir kalinya, buat hari ini, saat ini, detik ini, saya sangat bersyukur atas kehadiran awak dan kewujudan awak. terima kasih.


tiada apa yang saya mampu ungkapkan melainkan,

"jatuh cinta, rasa disayangi dan dicintai. itu yang saya impikan, yang ingin saya rasakan, dan terima kasih kerana buat itu menjadi kenyataan."
















No comments: