Monday, October 21, 2019

salah siapa

bila saat kau cuba untuk berdiri, disaat kau cuba untuk menggapai langit, ada satu yang menghalang, ya orang disekeliling kau.

mungkin ada kalanya, kau telah terjatuh di tempat yang salah dan memerlukan kekuatan yang lebih untuk berdiri teguh. kadang kau rasa, perlu ke kau berdiri sedangkan tiada siapa yang perasan bahawa kau sedang terduduk. mereka sibuk berjalan dan berlari di tepi kau tapi tidak pernah perasan kewujudan kau,

adakalanya kau tertanya, kenapa kau perlu jatuh disini? ini bukan tempat kau. tapi ya, kau perlu keluar daripada kepompong kau sendiri. sungguh, kau sudah tidak gramatis, kau sudah tidak ada kuasa. tapi yang kau cuma ada, saat ini. kepercayaan pada diri kau sendiri.

hati ini cukup utuh untuk mengatakan tidak tapi kenapa fikiran selalu melayang kepada ya?

hembusan angin yang ditiup tidak selari dan setanding dengan sangkakala yang menyapanya dulu. kini, kau sudah terduduk, dan tak mampu berdiri.

tiba di saat kau meratapi, hadir seorang menghulurkan tangannya tapi kau di cemuh olehnya, tapi ada satu saat seorang datang menghulur sambil ditangannya ada bunga mawar yang berduri dan kau memilih untuk melukakan tangan kau sendiri disaat kau rasa impian kau sudah pun tercapai walaupun telah dicemuh.

kehidupan kau yang telah diatur, tidak sama dan jauh sekali daripada yang dirancang.

kau telah terdiam atas apa yang kau laksanakan,

jadi, kini orang yang mencemuh datang menunaikan hajat dan kau merasakan ini tidak adil sedangkan kau telah campakkan segenggam kebencian tapi hakikatnya dia la realiti kehidupan kau yang sebenarnya. apakah ini ujian?

bagaimana dengan seorang yang telah memberikan mawar yang telah melukakan tangan kau sedang kau rasa hati kau telah pun diikat di taman bunganya.

apa kau rasa?

jadi salah siapa?


No comments: